Jumaat, 15 Ogos 2008

Hari ini sudah pun cuti sekolah seminggu. Anak-anakku semua ada dirumah. Alangkah bahagianya rasa hati. Semalam aku habis menyemak kertas math tingkatan 3E. Aduhhhh sedih sungguh ramai betul pelajar ku yang gagal. hanya 20 orang saja yang lulus, manakala 21 pelajar lagi gagal seolah-olah aku tidak mengajar dengan baik. Aku rasakan aku gagal mengajar mereka. YaAllah berilah aku ketabahan dan kekuatan agar aku dapat menunjuk jalan mereka supaya lulus math dalam PMR mereka Ya Allah. Sedangkan yang masuk periksa tu semua aku dah ajar dan buat ulangkaji, entahlah masih ada lagi sebulan untuk ku, tapi kalau mereka enggan belajar jugak aku pasrah. Semoga ada keajaiban berlaku nanti.

Tiada ulasan: