Selasa, 12 Ogos 2008

Umrah bt Dalimun berkata...


Aku seorang guru yang sudah bertugas selama 25 tahun.Bermula tahun 1983 aku di tugaskan ke Sarawak Bumi Kenyalang disebuah kawasan yang hampir terpencil iaitu diDaerah Balai Ringin, Serian .
Namun bertugas disitu amat menggembirakan aku walaupun pada mulanya aku tidak diterima oleh pelajar yang menganggap aku hanya sebagai penceroboh dan penutup rezeki warga tempatan untuk jadi guru. Tapi akhirnya mereka menerima aku sebagai guru mereka dan mereka amat sayang padaku sehingga aku tidak perlu beli beras untuk makan tetapi mereka akan bergilir menghadiahkan aku beras bukit setiap bulan tanda terima kasih dan kasih sayang mereka.
Aku amat terharu dan rasanya aku tidak akan ketemu lagi murid-murid sebaik murid di SMK Balai Ringin Serian ditahun 1983-1988.
Kemudian aku ditugaskan ke SMK Telok Datok Banting. Ku kira pelajarnya lebih baik dari pelajar Sarawak namun perkiraan ku meleset. Di tempatku sendiri aku perlu keras hati dan tegar namun pengalaman yang telah ku timba selama 5 tahun mengajar aku menjadi guru yang tegar dan sabar.
Ku temui jodohku semasa di SMKTD siapa sangka quarters depan sekolahku adalah rumah suamiku, yang sekarang menjadi pelindung dan ayah kepada anak-anakku.
Biarpun jodoh kami atas urusan keluarga namun aku pasrah padaNya kerana mungkin yang aku tidak suka adalah lebih baik bagi ku dan yang aku suka tidak semestinya baik untuk ku itulah ketentuan Allah.
Kini setelah aku berpindah ke SMK Jugra kemudian ke SMK(P) Kapar, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke IAB dan UM lalu aku ke SMK Tengku Idris Shah Kapar dan kini aku kesekolah ini semula sebagai guru.
Kehadiran ku kali ini amat berbedza aku sudah kurang tegar bagai dulu mungkin aku manja sebelumnya kerana tugas sebagai Ketua Bidang dan Penyelia Petang dulu membolehkan memilih kelas yang aku mahu. Tapi kini sebagai guru biasa aku terpaksa terima apa yang diberikan padaku.
Namun suamiku selalu berkata yang penting.... aku gembira kerana aku sudah punya anak-anak yang soleh dan suami yang hensem..... katanya.
Namun walau apapun terjadi aku kena tabah dan sabar. Aku juga kena redho atas apa yang ditentukanNya


Tiada ulasan: